Tentang Kami
Cetusan awal yang membawa kepada perlunya penubuhan sebuah institusi Pendidikan dengan membawa matlamat besar untuk umat ini telah disepakati menerusi Gagasan Kekeluargaan Ulama Nusantara.
Satu perbincangan yang serius yang melibatkan tokoh-tokoh alim-ulama antaranya Allahyarham Baba Abdul Baba Abdul Aziz As Syafie Al Makki (tokoh TG Fathoni yang lama di Mekah khidmat kepada Sayyid Alawi Maliki ayahanda pada Abuya Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki), Allahyarham KH Zezen Zainal Abidin Bazul Ashab (orang kanan kepada Abah Anom, pimpinan JATMAN Jawa Barat), Allahyarham KH Dr Dhiyauddin Kuswandi (Pemimpin Majlis Tasbih Nusantara), Allahyarham Dr Uthman Al Muhammadi (Tokoh Maal Hijrah Malaysia), Sidi Rohimuddin Nawawi Al Bantani (Ketua Kerukunan Ulama Nusantara), Tokku Ibrahim Mohamad (Walid Ibrahim Al Malik), Baba Dr Wan Abdul Qadir Wan Mustafa, (mantan setiausaha Jami’yah Ulama Fathoni merangkap Pengerusi Yayasan Tok Bendang Daya) dan Professor Abdul Rajan dari Mindanao State University cabang Tawi-Tawi.

Manhaj Pendidikan
“Ke arah Membentuk Generasi Pemimpin yang Berpengetahuan Luas
dan Berkeperibadian Luhur.”

Prinsip Ta’lim/ Tarbiyyah
Metod ilmu dan tarbiyah akhlak diberikan kepada semua jenjang Pendidikan rendah, menengah serta tinggi ke arah membina generasi yang kuat zahir, batin dan berwawasan luas.

6 Rukun Pendidikan Al Isyraq
Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) diasaskan atas 6 rukun utama merangkumi;

Manhaj Kurikulum
PMNI menyatukan dua metod secara bersepadu iaitu; Ilmiah dan Amaliah, Ta’lim (Pendidikan intelektual) dan Tarbiyah (Pendidikan Spiritual) dalam bentuk kolaborasi formal dan non-formal.
Kemasukan Pelajar
Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) hanya menerima pelajar berumur 13 – 14 tahun dan wajib tinggal di asrama pondok.
Sesi pembelajaran bermula pada tanggal 1 Januari setiap tahun. Secara umumnya, program pendidikan di PMNI ini tunduk kepada aturan jam belajar seperti sebuah pondok/ pesantren iaitu bermula pagi sehingga malam.
Konsep Pendidikan Berkebajikan
PMNI berhasrat untuk memberi tajaan pendidikan percuma kepada semua pelajar, namun sehingga kini pihak kami masih belum berkemampuan untuk berbuat demikian.
Faktor utama yang menjadi penghalang untuk merealisasikan Program Pendidikan Berkebajikan ini adalah kerana kekangan dana yang sangat terhad. Meskipun kedudukan kewangan PMNI hanya mampu menanggung perbelanjaan pengoperasiannya sahaja, PMNI tetap membantu para pelajar dengan menetapkan kadar yuran antara yang terendah di Kuala Lumpur sejak 5 tahun yang lalu.
MISI BADAR AL ISYRAQ
Inisiatif Misi Badar Al Isyraq adalah untuk menyediakan keperluan jihad anak-anak santri di medan ilmu. Pihak kami mengambil angka 313 sebagai sasaran jumlah infaq setiap bulan. Pun begitu, pihak PMNI tidaklah mewajibkan jumlah tersebut, Tuan/Puan boleh memberi lebih atau kurang tanpa apa-apa paksaan. Sumbangan ini akan dimanfaatkan untuk tujuan Pengoperasian, Taja Pendidikan dan Pembangunan
Tabung Operasi
Dengan mengambil kira peningkatan kos semasa, PMNImemerlukan belanja sebanyak RM25,000 setiap bulan bagi melancarkan operasi pondok. Justeru, Tuan/Puan dijemput memberikan sumbangan ke dalam TABUNG OPERASI PMNI pada kadar RM100 atau seikhlasnya.
Taja Pendidikan
Tajaan yang diperlukan bagi seorang pelajar adalah sebanyak RM600 sebulan. Pun begitu, pihak kami terbuka untuk menerima berapapun kadar yang ingin disumbangkan kepada mereka. Sumbangan Tuan/Puan akan dimanfaatkan untuk tujuan pembelian kitab, kelengkapan pelajaran dan pembelajaran, aktiviti daurah di luar, kebajikan dan seumpamanya.
Pembinaan dan Pembangunan
PMNI kini di dalam fasa mengumpulkan dana Pembangunan secara berperingkat. Jumlah sasaran pertama adalah sebanyak RM50,000 yang akan digunakan untuk pengurusan pertama sebelum membuat kerja-kerja pembersihan di tapak pembinaan berkeluasan 5 ekar yang terletak di Kuala Selangor, Selangor.
Wakaf dan Infaq
Jadikan Pondok Model Nusantara Al Isyraq sebagai ladang pahala dengan wakaf dan infaq secara istiqomah sehingga keseluruhan kompleks ini siap dan memberi manfaat kepada ummah.
Tunjang Utama
Lorem ipsum dolor sit amet, at mei dolore tritani repudiandae. In his nemore temporibus consequuntur, vim ad prima vivendum consetetur.

Al Syeikh Rohimuddin Nawawi Al-Bantani
PENGASAS DAN PENAUNG
PONDOK MODEL NUSANTARA AL ISYRAQ

Maulana Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari
PENGERUSI
PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL ISYRAQ NUSANTARA

Ustaz Ahmad Zubair Asri
MUDIR
PONDOK MODEL NUSANTARA AL ISYRAQ
Hubungi Kami
Jalan Rawang, Kampung Kuantan, 45600 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan





